Google Search Result

Showing posts with label Novel Terbaru. Show all posts
Showing posts with label Novel Terbaru. Show all posts

Ceritera Rindu  

Posted by Azrul in


Tajuk : Ceritera Rindu
Pengarang : Leeya Myra
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-430-2 
Mukasurat : 512 Halaman
Status: ADA Stok di penerbit, tiada stok di Kedai-Buku.com. Jangkamasa anda memperolehi buku ini ialah 1-3 minggu.

IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.

Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.

Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?

Berminat?

Untuk Pesan, Sili Klik Disini


Matahariku  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 19.90

Tanya tentang buku ini

Tajuk Novel : Matahariku
Pengarang : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 
Mukasurat :

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi, 
“kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”

Berminat?
Untuk Pesan, Sila Klik Disini

Rembulan Berdarah  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 24.00

Tanya tentang buku ini

Tajuk : Rembulan Berdarah
Pengarang : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
ISBN : 
Mukasurat : 
Status: ADA Stok di penerbit, tiada stok di Kedai-Buku.com. Jangkamasa anda memperolehi buku ini ialah 1-3 minggu.

REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.

Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

Berminat?

Untuk Pesan, Sila Klik Disini

Biarlah YM Berbicara  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 20.00

Tanya tentang buku ini

Tajuk : Biarlah YM Berbicara
Pengarang : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
ISBN : 978-967-5067-21-1
Mukasurat : 
Status: Ada Stok di penerbit, tiada stok di Kedai-Buku.com. Jangkamasa anda memperolehi buku ini ialah 1-3 minggu.

Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…

Berminat?

Untuk Pesan Sila Klik Disini

Ayuh, Lari ke Pulau Harapan  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 13.00

Tanya tentang buku ini

Tajuk : Ayuh, Lari ke Pulau Harapan
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-19-7
Mukasurat : 
Status: ADA Stok di penerbit, tiada stok di Kedai-Buku.com. Jangkamasa anda memperolehi buku ini ialah 1-3 minggu.

Berapa orang ada pulau kecil yang indah nian, lagi terpencil? Di mana ada unggas-unggas berterbangan, arnab-arnab berlari-lari atas rumput yang menghijau, ikan-ikan yang berwarna-warni berenang dalam sungai...

Ashraf memilikinya! Hadiah daripada arwah ibu. Ashraf membenarkan Umar dan adik-adiknya, Nurin, Wafi, dan Wafa bersembunyi di pulau itu. Anak-anak Mejar Azim itu nekad melarikan diri kerana sudah tidak tahan didera, Usu Tija. Lebih malang lagi, ayah Ashraf hilang di laut, sementara sepupunya, Adnin ada sebab tersendiri untuk melarikan diri juga. Ternyata, mereka berenam telah mengalami detik-detik menyeronokkan di pulau indah itu.

Jomlah, sama-sama ikut mereka ke Pulau Harapan! Tetapi, ketenangan itu tidak lama. Ada penyeludup dan ‘pemusnah alam’ dari Pulau Tiga yang sedang bermaharajalela! Bagaimana kita boleh menolong Ashraf dan kawan-kawannya di Pulau Harapan?

Berminat?

Untuk Pesan, Klik Disini

Sigaraning  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 20.00

Tanya tentang buku ini

Tajuk : Sigaraning
Pengarang : Imaen
Penerbit : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-13-5
Mukasurat : 
Status: ADA Stok di penerbit, tiada stok di Kedai-Buku.com. Jangkamasa anda memperolehi buku ini ialah 1-3 minggu.

Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati.

aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah

Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas ‘harta berharga’? Terhormatkah untuk ‘dipinjam’ sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti?

Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia! 
* * * * 
IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.


Berminat?

Untuk pesan, Sila Klik Disini

Rahsia Hati Sofia  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 21.00

Tanya tentang buku ini

Tajuk : Rahsia Hati Sofia
Pengarang : Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari Seni
ISBN : 978-967-5118-17-3
Mukasurat : 
Status: ADA Stok di penerbit, tiada stok di Kedai-Buku.com. Jangkamasa anda memperolehi buku ini ialah 1-3 minggu.

sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah… 
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
+ + +
NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta

Berminat?
Untuk Pesan, Sila Klik Disini

25 Cerpen Best Remaja  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 10.00

Tanya tentang buku ini

Tajuk : 25 Cerpen Best Remaja
Pengarang : 
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 
Mukasurat :

Memuatkan cerpen-cerpen yang terbaik daripada koleksi Majalah Remaja. Cerpen-cerpen terpilih ini merupakan cerpen ter 'hot' bertemakan cinta dan persahabatan.

Berminat?

Untuk Pesan, Sila Klik Di sini

Siapa Yang Menegur Tadi  

Posted by Azrul in


Harga seunit (piece): RM 10.00

Tajuk : Siapa Yang Menegur Tadi
Pengarang : 
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3669-61-5
Mukasurat :
Status: ADA stok

Kompilasi cerita seram ini merupakan koleksi yang diambil daripada Majalah Mingguan Wanita. Terdapat 100 cerita seram, iaitu pengalaman mereka yang pernah mengalami pelbagai peristiwa mistik. Jadikanlah pengalaman mereka sebagai pengajaran dan sempadan dalam menjalani kehidupan harian.


Berminat? Sila Klik Disini


Cinta Kau dan Aku  

Posted by Azrul in

Harga seunit (piece): RM 19.90


Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5234-28-6
Mukasurat : 
Status: ADA Stok

Karya Terbaru Novelis Andai Itu Takdirnya!!

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya.~Siti Rosmizah~

Berminat? Untuk Pesan Sila Klik Disini 

Related Posts with Thumbnails
Traffic Generator - Drive 33000 Hits a Day to your Website!
Build a Highway and drive
33,000 Hits a Day to your Website !

First, check out the sites in the box below. These are member sites which has participated in the program and can testify that this program truly works ! By visiting these sites, you will see why this program will work for you as well.

PARTICIPATING SITES - Visit them Today !

  1. Rencah kehidupan Merangkumi Nasihat, Petua, Resipi di samping berhibur dengan memuat turun lagu diki
  2. Menjual dan promosi alat-alat serta ubatan untuk lelaki sejati
  3. Make Money From Your Phone
  4. Malaysia Community Website with information on pubs, restaurants & businesses in Bangsar
  5. Webportal.com.my - Your Malaysian Portal
  6. Free Utilities, Tools and Scripts - XGEN Technologies


INSTRUCTIONS on how to get at least 33,000 Hits a day!

  • When you sign up, you will receive your own page just like this one. It will have your link and its description in position #1.In position #2 will be the link that is now in position #1 on this page. All other links are moved down as well and the one in #6 is dropped.

  • When people visit your page and sign up, they too will get a new page. And your link will be copied onto their page. Their page will have their link in position #1 and your link in position #2. And when people come to the pages created by the people who came to your page, your link goes to position #3, etc..


  • Of course the next step is to get visitors to your new "33,000 Hits a day" page. As a result, we recommend that you utilise our Auto URL Submission program to submit your Website Address to major search engines.

  • To prove that this program works, lets do some very conservative mathematics and assume that once your page is installed and promoted you only generates a total of 20 sign ups.
    Pages with your link!
    1. 20 people visit your page and get their own page 20
    2. These 20 pages each produce 20 sign ups producing 20 x 20 pages = 400 pages 400
    3. These 400 pages each produce 20 sign ups each, producing 400 x 20 = 8000 pages 8000
    4. These 8000 pages each produce 15 sign ups producing 8000 x 20 = 160,000 pages 160,000
    5. These 160,000 pages each produce 20 sign ups producing 160,000 x 20 = 3,200,000 pages 3,200,000
    Total pages with your link: 3,368,420


    Of these 3,368,420 pages with your link we will assume 1% of their visitors will actually click on your link and visit your page. That's 33,684 hits a day!. Additionally every page is generated by our script which means that the rotation and placement of your link is 100% accurate and cannot be removed or dropped prior to its natural demise.

    Sign up simply consist of your URL and your web site description..Your page will be generated immediately and then you can go on to our installation and free promotional pages.

    You should also appreciate the fact that there is no upper limit to the number of hits you can get, because you can keep your page for as long as you want and it in turn will generate more than the stipulated signup figure of 20.

    Also, after you have installed your page, there is no more work involved. Just let this system run by itself and it will give you 33,000 hits a day or more.

    Good Luck and make sure you place your generated page at a visible and easy to reach area so that people can join and make this program work!


    Please be sure to visit the above links before you sign up!!

    Ready?.. Go for it!! there is nothing to lose and fantastic traffic to gain!
    Enter your web site URL:

    Enter your web site description: (This must represent your website in 100 characters)




    XGEN Technologies - Banner Advertisement Program

    Copyrights © XGEN Technologies Sdn Bhd. All rights reserved.

    Amanda Beauty Store

    All About Iklan

    ........................

    ........................

    make money with your web site

    ........................

    ........................

    ........................

    ........................

    ........................

    All Malaysian Bloggers Project

    ........................

    ........................

    put your add here for RM 0.25/day

    (125x125)

    ........................

    put your add here for RM 0.25/day

    (125x125)

    msg me @ azrulahmad@yahoo dot com dot my for asking about my add

    ........................


    koleksi cerpen & novel

    ........................


    Joint GiffarineKL Groups

    nuffnang

    Archives

    Rencah Kehidupan

    My Twitter

    Twitter Value

    Ada sesiapa yang berminat nak beli?RM 10,362.34Your website value?

    Locations of visitors to this page Online Nutrition Degree - Courses & Training

    Followers

    mybloglog