Google Search Result

Showing posts with label Orang Dulu-dulu Cakap. Show all posts
Showing posts with label Orang Dulu-dulu Cakap. Show all posts

Untuk perhatian kaki cium.........  

Posted by Azrul in

So, guys, which one are you?...
Suka cium dahi isteri........suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri.........suami yang sensitive.
Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium kemaluan isteri......suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri.......suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang memtingkan diri.
Suka cium seluruh bahagian badan isteri........ suami yang baru balik dari outstation.

Amaran: Kajian ini dibuat secara rambang, mungkin ada sedikit perbezaan dari individu ke individu yang lain

Ada Orang Sayang Awak  

Posted by Azrul in

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Petua Untuk Mendapat Pasangan  

Posted by Azrul in

Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

Petua Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga  

Posted by Azrul in

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

a) Sentiasa berdoa agar disayangi.

b) Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

c) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

d) Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

e) Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

f) Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

g) Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

h) Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

i) Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

j) Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

k) Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

l) Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

m) Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

n) Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

o) Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

p) Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

q) Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

r) Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

s) Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

t) Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

u) Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

v) Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

w) Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

x) Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

y) Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

z) Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

aa) Sentiasa lakukan ibadah bersama.

ab) Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

ac) Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

ad) Urut belakang isteri sekali sekala.

 

ae) Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

 

af) Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

 

ag) Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

 

ah) Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

 

ai) Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

 

aj) Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

 

ak) Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

 

al) Lebihkan isteri daripada anak-anak.

 

am) Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

 

an) Seeloknya masuk tidur serentak.

 

ao) Belai isteri sebelum pergi kerja.

 

ap) Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

 

aq) Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

 

ar) Lakukan riadah bersama isteri.

 

as) Pergi berkelah sekali sekala.

 

at) Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

 

Kurus dan Langsing  

Posted by Azrul in

Terdapat beberapa cara untuk kelihatan langsing dan menawan. Walaubagaimanapun kaedah-kaedah ini perlu diikuti dan diamalkan dengan betul serta berterusan untuk hasil yang diinginkan. Selamat Mencuba.

Berjalan

Senaman yang paling mudah dan murah. Kita berjalan ke mana saja, di dalam rumah, di pejabat, di pasar, dan lain-lain, tanpa disedari kita melakukan senaman. Lagi jauh kita berjalan bertambah lagi senaman yang kita lakukan. Sekiranya mampu berjalanlah dengan lebih pantas supaya dapat membantu denyutan jantung dan paru-paru.


Kurangkan Kadar Kolesterol

Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca the minyak zaitun.
Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi.
Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Kelebihan Buah Lemon:

1. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan meningkatkan keupayaan tubuh badan menyahkan toksin.

2. Buah Lemon juga membantu melawan serangan penyakit yang berkaitan jangkitan.

3. Buy lemon to get rid of certain insects. It’s mother nature’s version of insecticides and will help to repel mosquitoes and flies

4. Some people love antiseptics and would apply it to their skin whenever they have the smallest cut. The good news is you can use lemon on cuts too since it’s nature’s antiseptics. Not only that, because of its styptics property, it is said that lemon could be applied on cuts to stop bleeding.

5. Drinking lemon juice is useful for people with heart problem - because of its high potassium content

The use of Lemon:

1. Drink fresh lemon juice to cleanse your system
2. Use pure lemon juice on wasp and bee stings to relieve pain
3. Lemon juice mixed with olive oil may help to dissolve gallstones
4. It is believed that regular intake of fresh lemons may be useful in treating cases of kidney stones


Melangsingkan Badan Dengan Delima

Delima ialah sejenis buah. Kulitnya berwarna kuning, dan isi didalamnya berwarna merah. Rasanya manis dan sedap dimakan. Selain di makan untuk lansing, ianya juga sesuai dimakan sesudah masak oleh ibu mengandung. Ini supaya anak di dalam kandungan tersebut menjadi pandai. Insyaallah.

Untuk melangsingkan badan

Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat.

Campurkan bahan itu dengan air sulam dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas.

Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi.

Lakukan setiap pagi sehingga seminggu.

Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing.

Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.



Mengempiskan Perut

Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru bersalin (bengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumutkan atau sapu pada perut sahaja, amalkan setiap malam.


Berat Berlebihan

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua Payu Dara Kembali Bugar  

Posted by Azrul in

Saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak.

Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.

Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.

Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu.

Kuasa Urutan


Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik uturan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk tujuh bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya.

Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin.

Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering.

“Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi.

Senaman Payu Dara

  • Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda.
  • Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan.
  • Tolak berlawanan arah dengan serentak.
  • Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.

Dipetik drp Pa&Ma

Petua Merancang Jantina Anak  

Posted by Azrul in

Petua yang amat berguna bagi ibubapa…

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha.. :)

ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat

Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah

Dipetik dari www.cakap.net

Petua Seks  

Posted by Azrul in

Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima 
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllahisteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkankepada isterinya engkau dengan tenang.


2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya 

Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatanyang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah 
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: “Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)”. Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima 

Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk.

5. Cara Mendapat Anak 

Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya (kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki.

6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah 

Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil 

Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj 

Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Related Posts with Thumbnails
Traffic Generator - Drive 33000 Hits a Day to your Website!
Build a Highway and drive
33,000 Hits a Day to your Website !

First, check out the sites in the box below. These are member sites which has participated in the program and can testify that this program truly works ! By visiting these sites, you will see why this program will work for you as well.

PARTICIPATING SITES - Visit them Today !

  1. Rencah kehidupan Merangkumi Nasihat, Petua, Resipi di samping berhibur dengan memuat turun lagu diki
  2. Menjual dan promosi alat-alat serta ubatan untuk lelaki sejati
  3. Make Money From Your Phone
  4. Malaysia Community Website with information on pubs, restaurants & businesses in Bangsar
  5. Webportal.com.my - Your Malaysian Portal
  6. Free Utilities, Tools and Scripts - XGEN Technologies


INSTRUCTIONS on how to get at least 33,000 Hits a day!

  • When you sign up, you will receive your own page just like this one. It will have your link and its description in position #1.In position #2 will be the link that is now in position #1 on this page. All other links are moved down as well and the one in #6 is dropped.

  • When people visit your page and sign up, they too will get a new page. And your link will be copied onto their page. Their page will have their link in position #1 and your link in position #2. And when people come to the pages created by the people who came to your page, your link goes to position #3, etc..


  • Of course the next step is to get visitors to your new "33,000 Hits a day" page. As a result, we recommend that you utilise our Auto URL Submission program to submit your Website Address to major search engines.

  • To prove that this program works, lets do some very conservative mathematics and assume that once your page is installed and promoted you only generates a total of 20 sign ups.
    Pages with your link!
    1. 20 people visit your page and get their own page 20
    2. These 20 pages each produce 20 sign ups producing 20 x 20 pages = 400 pages 400
    3. These 400 pages each produce 20 sign ups each, producing 400 x 20 = 8000 pages 8000
    4. These 8000 pages each produce 15 sign ups producing 8000 x 20 = 160,000 pages 160,000
    5. These 160,000 pages each produce 20 sign ups producing 160,000 x 20 = 3,200,000 pages 3,200,000
    Total pages with your link: 3,368,420


    Of these 3,368,420 pages with your link we will assume 1% of their visitors will actually click on your link and visit your page. That's 33,684 hits a day!. Additionally every page is generated by our script which means that the rotation and placement of your link is 100% accurate and cannot be removed or dropped prior to its natural demise.

    Sign up simply consist of your URL and your web site description..Your page will be generated immediately and then you can go on to our installation and free promotional pages.

    You should also appreciate the fact that there is no upper limit to the number of hits you can get, because you can keep your page for as long as you want and it in turn will generate more than the stipulated signup figure of 20.

    Also, after you have installed your page, there is no more work involved. Just let this system run by itself and it will give you 33,000 hits a day or more.

    Good Luck and make sure you place your generated page at a visible and easy to reach area so that people can join and make this program work!


    Please be sure to visit the above links before you sign up!!

    Ready?.. Go for it!! there is nothing to lose and fantastic traffic to gain!
    Enter your web site URL:

    Enter your web site description: (This must represent your website in 100 characters)




    XGEN Technologies - Banner Advertisement Program

    Copyrights © XGEN Technologies Sdn Bhd. All rights reserved.

    Amanda Beauty Store

    All About Iklan

    ........................

    ........................

    make money with your web site

    ........................

    ........................

    ........................

    ........................

    ........................

    All Malaysian Bloggers Project

    ........................

    ........................

    put your add here for RM 0.25/day

    (125x125)

    ........................

    put your add here for RM 0.25/day

    (125x125)

    msg me @ azrulahmad@yahoo dot com dot my for asking about my add

    ........................


    koleksi cerpen & novel

    ........................


    Joint GiffarineKL Groups

    nuffnang

    Archives

    Rencah Kehidupan

    My Twitter

    Twitter Value

    Ada sesiapa yang berminat nak beli?RM 10,362.34Your website value?

    Locations of visitors to this page Online Nutrition Degree - Courses & Training

    Followers

    mybloglog